Tuesday, July 14, 2009

Silent Mode

Now not only the mobile phone is on silent mode. Maid pun boleh on silent mode juga. Yes, story keeps on continuing and haunting me.



Hari Sabtu baru ni Mak Lijah balik Pahang sekeluarga. Sebelum tu, awal-awal lagi si Putihah dah announce dia nak keluar dengan Kakaknya dan seterusnya ikut Kakaknya balik ke rumah majikannya. Read : Bagitau NOT minta izin. So rumah kami akan kosong.

Oleh kerana kontraktor nak datang rumah kami esoknya, Mak Lijahpun minta Putiha balik ke sini dengan Kakaknya, instead of spending the night kat rumah majikan Kakaknya. Tapi katanya tak boleh sebab majikan Kakaknya nak ke Penang, rumah itu akan kosong and Putihah was determined to follow her sister, but promised to come back at 9 am next morning.

Eh.. Bukan rumah majikan Putihah (read : Mak Lijah) pun akan kosong ke? So Putihah ni kerja dengan siapa?

Anyways, rupanya Pak Lijah dah buat arrangement lain dengan kontraktor yang membolehkan mereka masuk ke laman rumah dan bekerja.

Dipendekkan cerita, Mak Lijahpun hantar dia ke stesen bas Kajang pada pukul 1.30 pm Sabtu tu, sebelum sempat membasuh kasut dan baju sekolah budak-budak. Kami pun bertolak balik Pahang kira-kira pukul 5 pm.

Esoknya kami balik semula ke KL dan sampai di depan rumah pada kira-kira pukul 2.30 pm. Bila balik kampung, tau-tau sajalah, banyak take-aways nya. So kamipun tekanlah door bell kat luar pagar beberapa kali sambil memegang barang-barang take-aways dari Pahang. Door bell ni bunyinya agak kuat. Kami dah test bunyinya di setiap bilik dengan pintu tertutup, and yet masih kedengaran bunyinya dengan jelas.

Silent.

Tekan lagi.

Silent.

And this goes on for about 20 minutes. Aik? Kata balik awal...?

Anywaysssss... At last we got into the house menggunakan spare key yang kami bawa (mujur terjumpa). Danisy yang dari tadi menahan nak wee wee terus meluru ke bilik air.





Selepas meletakkan barang-barang, kami terus keluar semula untuk lunch. Tengah sedap menjamah ayam kampung goreng yang lazat, Pak Lijah pun bertanya pada Kakak (anak dara Mak Lijah) samada dia ternampak Kak Putihahnya. Pelik juga... Putihah kata nak balik pagi, takkan tak sampai lagi. Kalau di bilik air, takkan sampai 20 minit? Kalau sembahyang, panjang benarkah wiridnya sampai tak boleh nak buka pintu?







Kata Kakak, Kak Putihah tengah gosok baju di bilik Danisy.




WHAT? All the time we were waiting in the hot sun tadi tu, she was melipat-ing baju and just ignored the door bell? What the #&*%...!!!!!!!!



#@+(^#+(*#!~_+$%&*@~=-$@##!~~*)=^% %$@&()*#@%&^#&(*POKJDW_(*&^GF%#@S()L







And so she got the best of Mak Lijah's yelling EVER.





And now it's silent mode.