Wednesday, April 15, 2009

The End...

Okay.. Sinetron dah tamat.

Dewi dah dipulangkan kepada agen. Interesting part is, dia tak tau yang Mak Lijah dah terminate her service sebab dia hanya diberitahu yang dia dihantar ke agen untuk melanjutkan permit kerja dia. Ha..ha..ha.. Padan muka kena tipu.

Sebenarnya Mak Lijah hantar dia balik Perlis so that Mak Tok (read: Mak Lijah's Mom) dapat menggunakan khidmat dia sementara agen memproses maid baru Mak Lijah. Malangnya, dia sambung balik perangai buruk dia di rumah Mak Tok pulak. Dah pandai guna telefon Mat Tok. Entah berapa jam lah dia bergayut kali ni.

Pak Tok pulak dah mula rasa uncomfortable sebab si Dewi tu suka melangut depan tv kat ruang tamu, sukati jer tukar channel 106, and buat macam rumah sendiri. Tak respect langsung kat Pak Tok.

Pehtu, Mak Tok mengadu pe'el dia yang sangat busy body. Kalau bunyi jer deringan telefon, dia pun berenti buat kerja to listen to Mak Tok's conversation. Boleh? Dia nak tau kut-kut Mak Tok bersembang dengan Mak Lijah le tu.

Semalam Mak Lijah dapat tahu, dia dok menelefon ahli-ahli Persatuan Mesyuarat Tingkap (yes, all the way from Perlis) minta di update kan apa yang berlaku di rumah ni. Sambil-sambil tu mengadu yang dia dah tak dapat lagi jumpa suami dia. Aik..??? Nak kerja ke... nak jumpa laki je ni...????

Satu lagi perkara yang Mak Lijah dapat tahu ialah dia dah pinjam entah berapa ratus ringgit daripada sorang ahli persatuan tu. Oh my God...!!! Apa lagi pompuan tu....!!! Did I hire a monster????