Sunday, September 6, 2009

800?

.
.
Wah...wah...wah...
Makin mengada-ngada diorang ni ya?
Nak demand macam-macam.

Memanglah kita memerlukan mereka.
Mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara
But that's not the way lah.

Dah ler dapat cuti sehari setiap minggu (Putiha selalu extend sendiri jadi 3 hari, so macamana? Boleh potong gaji or potong cuti?)
Sekarang nak demnd gaji sampai RM800.
Ingat bagus sangat ke?

Fine.

Then, pay me sewa bilik.
Only RM350 sebulan.
Tak mahal sebab termasuk bil air dan letrik sekali.

Pay me meals too.
Only RM5 X 22 hari= RM110 (mengambil kira cuti hujung minggu dan 30 hari dalam sebulan)

Total sebulan?

RM340


Fine.


That's the deal
.
.
.

Friday, August 21, 2009

Selamat Datang

Selamat datang bulan paling mulia..





ku harapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
ku merayu pada Tuhan diterima amalan
selangkah demi selangkah dengan rahmat mu oh Tuhanku
ku tempuh jua

,
,
,
,

Thursday, August 13, 2009

Felix and friends


This is Felix. Semasa dia mula-mula menjadi keluarga kami, dia dalam peringkat umur kanak-kanak, kalau dibandingkan dengan umur manusia.
Sombong. Nak main dengan orang tapi main kasar. Suka cakar dan gigit orang, walaupun manja. Mungkin sebab sejak dia lahir dia tidak pernah dimanjakan oleh manusia sehinggalah dia diketemukan dengan keluarga kami.
As he grew up and met Saerah, his girlfriend, dia menjadi semakin sombong. Tak nak kawan dengan kami. Bila Tanto datang, Felix bertukar menjadi samseng sampai jadi arwah si Tanto tu. Datang pula si Kembang yang menjadi musuh ketat dia. Si Felix pun mulalah "menandakan" territory nya. Masalahnya territory yang ditanda tu dah termasuk ke bilik tidur tetamu, bilik Abang dan ruang tamu bawah. Kat luar rumah tu toksah cakap lah... Adoi laa... sakit hidung Mak Lijah...
Felix juga semakin menjauhkan dirinya daripada kami. Balik rumah bila lapar je. Selain dari masa makan, tak nampak lah ekor dia.
Bila kami pindah ke sini, Felix terpaksa kami kurung dalam cage dia supaya dia dapat dibiasakan dan 'dijinakkan' di suasana baru. Masuk hari ke tiga, Mak Lijah pun lepaskan dia dari cage nya. Kesian dia... Tapi Felix tak bergerak jauh, menghidu-hidu dalam rumah dan berjalan-jalan sekitar laman rumah jer.
Pada hari Isnin pertama Kakak ke sekolah baru, kami berdua berjalan kaki je ke sekolah. Apabila nampak kami berjalan tu, Felix mula mengekori. Mula-mula perlahan-lahan, tapi lama-lama macam mengejar kami. Mak Lijah ingat dia cuma nak ikut sampai ke Pak Guard jer, rupanya dia ikut kami sepanjang-panjang perjalanan kami ke sekolah. Jenuh Mak Lijah menghalau dia suruh dia balik. Macam-macam kaedah Mak Lijah buat tapi degil juga si Felix ni ikut kami sampai ke tangga sekolah Kakak. Pandai pulak tak ikut sampai ke pejabat.
Selesai urusan mendaftar Kakak, Mak Lijahpun turun dari pejabat dan mencari si Felix ni tapi tak dapat dikesan dah. Risau juga Mak Lijah ni, tapi terpaksa balik rumah lah selepas usaha mencari dia gagal.
Tengahari tu, Mak Lijah ke sekolah semula untuk mengambil Kakak dengan kereta. Sambil berjalan dari bilik darjah Kakak, Mak Lijah ternampak figura kecil di bawah sebuah kereta merah. Mak Lijah pun menyuruh Kakak jenguk bawah kereta tu, kut-kut itu Felix. Rupa-rupanya memang Felix yang sedang tidur di situ rupanya. Mak Lijah pun membawa Felix pulang dalam kereta tanpa cage nya. Felix behaved really well in the car. Sat obediently.
Sekarang Felix dah berbaik dengan kami. Selalu ada dalam rumah, either tidor or makan. Dah gemuk. Dia dah friend-less. Tak ada kawan, so he had to turn to us for companion. Kadang-kadang dia akan bermain sendirian dengan apa saja yang bergerak atau tak bergerak. Tali kasut sekolah budak-budak, suratkhabar, plastik sampah, habis semua dia cakar buat mainan. Pada masa-masa lain, dia menerkam kaki kami semasa kami sedang berjalan. Terjah lah konon.
Kesian Felix, terpaksa berkawan dengan manusia...

Monday, August 3, 2009

Danisy-bicycle ride










Since moving here, Danisy dah dapat beberapa orang kawan baru. Kawan-kawan yang dikenali dari kelas, dari taman permainan depan rumah dan neighbours. Yang paling rapat ialah Danial, yang saiz badan dan tingginya lebih kurang sama jer dengan Danisy. Danial ialah rakan sekelas Danisy dan tinggal berdekatan dengan rumah kami.

Dahulu, semasa kami masih tinggal di Selayang, basikal Danisy masih lagi mempunyai sepasang roda kecil (training wheels) pada roda belakang. Walaupun kami cuba meyakinkan dia yang dia boleh mengayuh dengan dua roda sahaja, tapi dia masih belum cukup berani lagi.

Apabila kami pindah ke sini dan melihat Danial mengayuh basikal beroda dua dengan confident sekali, dia rasa tercabar. Danisy rasa dia juga boleh buat kerana saiz basikal yang sama (basikal Danisy a bit groovy) dan Danial pun sama umur dan saiz dengan dia. Lagipun dia dah mula rasa malu sebab yang masih guna training wheels kat situ adalah girls yang berusia 4-5 tahun.

So pada hari ke tiga kami pindah ke situ, Danisy meminta Pak Lijah menanggalkan training wheels di basikalnya itu. Danisy pun berusaha dengan gigihnya untuk mengayuh tapi kurang berjaya pada hari pertama. Pada hari kedua, dapat juga mengayuh pada jarak 2-3 kaki selepas beriya-iya dia cuba mengimbangi badannya. Akhirnya pada hari ke tiga, dia berjaya mengayuh basikalnya dengan penuh keyakinan dan nampak sangat dia amat gembira dengan usaha dia. All these happened with very minimal coaching from Mak Lijah and Pak Lijah. Kami hanya memerhati dari jauh sahaja, dan sekali-sekala menegur dia supaya mengayuh di tepi jalan.

Mak Lijah bangga betul dengan kegigihan Danisy sebab dia memang nampak berusaha bersungguh-sungguh. Ini satu karekter Danisy yang Mak Lijah baru discover - a very determined person.

Sunday, August 2, 2009

Entry kali ni tak bertajuk. I just want to 'let go' the things I have in mind, but first, I have to make some notes so that I will remember what I want to write about.

-Danisy-bicycle ride
-Felix and friends
-F.r.i.e.n.d.s.
-Michael Jackson
-Farewell cousins
-My birthday
-Yasmin
-Pesta Floral

I'll start writing about them, when I want to start. He..he..he.. Teruklah Mak Lijah ni.

Tuesday, July 14, 2009

Silent Mode

Now not only the mobile phone is on silent mode. Maid pun boleh on silent mode juga. Yes, story keeps on continuing and haunting me.



Hari Sabtu baru ni Mak Lijah balik Pahang sekeluarga. Sebelum tu, awal-awal lagi si Putihah dah announce dia nak keluar dengan Kakaknya dan seterusnya ikut Kakaknya balik ke rumah majikannya. Read : Bagitau NOT minta izin. So rumah kami akan kosong.

Oleh kerana kontraktor nak datang rumah kami esoknya, Mak Lijahpun minta Putiha balik ke sini dengan Kakaknya, instead of spending the night kat rumah majikan Kakaknya. Tapi katanya tak boleh sebab majikan Kakaknya nak ke Penang, rumah itu akan kosong and Putihah was determined to follow her sister, but promised to come back at 9 am next morning.

Eh.. Bukan rumah majikan Putihah (read : Mak Lijah) pun akan kosong ke? So Putihah ni kerja dengan siapa?

Anyways, rupanya Pak Lijah dah buat arrangement lain dengan kontraktor yang membolehkan mereka masuk ke laman rumah dan bekerja.

Dipendekkan cerita, Mak Lijahpun hantar dia ke stesen bas Kajang pada pukul 1.30 pm Sabtu tu, sebelum sempat membasuh kasut dan baju sekolah budak-budak. Kami pun bertolak balik Pahang kira-kira pukul 5 pm.

Esoknya kami balik semula ke KL dan sampai di depan rumah pada kira-kira pukul 2.30 pm. Bila balik kampung, tau-tau sajalah, banyak take-aways nya. So kamipun tekanlah door bell kat luar pagar beberapa kali sambil memegang barang-barang take-aways dari Pahang. Door bell ni bunyinya agak kuat. Kami dah test bunyinya di setiap bilik dengan pintu tertutup, and yet masih kedengaran bunyinya dengan jelas.

Silent.

Tekan lagi.

Silent.

And this goes on for about 20 minutes. Aik? Kata balik awal...?

Anywaysssss... At last we got into the house menggunakan spare key yang kami bawa (mujur terjumpa). Danisy yang dari tadi menahan nak wee wee terus meluru ke bilik air.





Selepas meletakkan barang-barang, kami terus keluar semula untuk lunch. Tengah sedap menjamah ayam kampung goreng yang lazat, Pak Lijah pun bertanya pada Kakak (anak dara Mak Lijah) samada dia ternampak Kak Putihahnya. Pelik juga... Putihah kata nak balik pagi, takkan tak sampai lagi. Kalau di bilik air, takkan sampai 20 minit? Kalau sembahyang, panjang benarkah wiridnya sampai tak boleh nak buka pintu?







Kata Kakak, Kak Putihah tengah gosok baju di bilik Danisy.




WHAT? All the time we were waiting in the hot sun tadi tu, she was melipat-ing baju and just ignored the door bell? What the #&*%...!!!!!!!!



#@+(^#+(*#!~_+$%&*@~=-$@##!~~*)=^% %$@&()*#@%&^#&(*POKJDW_(*&^GF%#@S()L







And so she got the best of Mak Lijah's yelling EVER.





And now it's silent mode.

Monday, June 29, 2009

STOP...!

I just have to say something.
So, stop sekejap citer pindah-pindah ni.



First, they proposed every weekend off for maids.
Second, the other "they" banned Indonesian maids from coming to Malaysia.

I totally disagree about the every weekend off tu, especially when the maid tu macam maid Mak Lijah, Putiha. Dah lah bab mengemas rumah tu fail, asyik terperap dalam bilik jer. Got worst since she got married last year. When we tried to hire a new maid, dapat pulak yang gatal buat maksiat kat rumah Mak Lijah. So I fired her. Datang balik Putiha, who is not of much help lately. Kerja dah jadi opposite. Instead of her helping me with the house chores, Mak Lijah pulak yang helped her with the chores.

Tiap-tiap minggu minta off, even before the policy is declared. So bila dia off, Mak Lijah take over lah kerja rumah. Not a problem. Tapi menjadi problem when she left her undies in the washing machine for me to deal with...!!!!!!

Cakap nak pergi hari Jumaat, I said wait till all the children and I are back home (which means petang lah). Petang Ahad, suami dia telefon kata dia sakit. Kenapa dia tak boleh cakap sendiri?

So Monday tu dia tak ada, lah. Danisy had to tumpang rumah neighbour while I rushed back from office (during lunch break) with lunch. I had to rely on my neighbour. Nasib baik neighbour ni adores my children and are willing to do anything for the children. Tapi sampai bila I can rely on them? Malu dah sebab banyak kali jadi macam tu.

And now we have moved. Neigbours tak berapa ada lagi. Pak Lijah terpaksa ambil emergency leave on Monday while on Tuesday and Wednesday, had to rush back at 10.30 am and wait till 2.30 pm to send and pick-up the children from school. Mak Lijah pulak, sampai rumah pukul 7.30 pm. Start dengan memasak, menghidang, basuh pinggan, memesinkan baju, sidai baju, gosok lima pasang uniform...saaaaaammmpailah pukul 1 pagi. Next day bangun pukul 5 pagi sebab nak prepare breakfast, mesin baju, sidai baju etc. And this is the routine for the whole week sebab Putiha went on the unapproved-extended-eight day leave.

Best part is, semalam, dia suruh Mak Lijah menjemput dia di 'kongsi' suaminya kat Shah Alam.


SO HOW CAN I SUPPORT THE CALL FOR EVERY WEEKEND OFF???


And now they are being irrational, blaming Malaysian employers as mistreating their nationals. Although it is true that there are cases of ill-treatment by employers, they must also be made aware that the nationals they are exporting aren't angels too... Ada yang sampai bunuh employer. Is that well covered in their media? What about employers who are emotionally abused dengan maid yang gatal buat maksiat, menggoda laki orang, mencuri, merosakkan harta benda majikan, bergayut kat telefon berjam-jam, mesyuarat tingkapnya...

Bukan semua semua employer kejam dan bukan semua maid tu bagus. Mak Lijah ni kira bersabar lah juga sebab Putiha dah 10 tahun kerja dengan kami. Dah boleh masak menu yang budak-budak suka. Cumanya dia dah terlalu complacent sampai dah tak reti nak mengemas dan dah tak mahu buat apa-apa arahan baru. Kalau majalah-majalah or mainan budak-budak bersepah-sepah tak tersusun, maka macam tu lah keadaannya selama seminggu sehinggalah Mak Lijah menjerit-jerit berleter (Mak Lijah sengaja tak kemaskan sebab nak test tengok berapa lama majalah2 tu nak berterabur). Tak pernah nak menyapu, mop dapur 2 minggu sekali, habuk-habuk tak pernah dibersihkan, gosok uniform ala kadar dengan kedut seribu etc. I end up doing all that myself. So siapa tolong siapa ni? Adoilaaa....

So.. angel sangat ke diorang ni?