Friday, August 21, 2009

Selamat Datang

Selamat datang bulan paling mulia..





ku harapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna
ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
ku merayu pada Tuhan diterima amalan
selangkah demi selangkah dengan rahmat mu oh Tuhanku
ku tempuh jua

,
,
,
,

Thursday, August 13, 2009

Felix and friends


This is Felix. Semasa dia mula-mula menjadi keluarga kami, dia dalam peringkat umur kanak-kanak, kalau dibandingkan dengan umur manusia.
Sombong. Nak main dengan orang tapi main kasar. Suka cakar dan gigit orang, walaupun manja. Mungkin sebab sejak dia lahir dia tidak pernah dimanjakan oleh manusia sehinggalah dia diketemukan dengan keluarga kami.
As he grew up and met Saerah, his girlfriend, dia menjadi semakin sombong. Tak nak kawan dengan kami. Bila Tanto datang, Felix bertukar menjadi samseng sampai jadi arwah si Tanto tu. Datang pula si Kembang yang menjadi musuh ketat dia. Si Felix pun mulalah "menandakan" territory nya. Masalahnya territory yang ditanda tu dah termasuk ke bilik tidur tetamu, bilik Abang dan ruang tamu bawah. Kat luar rumah tu toksah cakap lah... Adoi laa... sakit hidung Mak Lijah...
Felix juga semakin menjauhkan dirinya daripada kami. Balik rumah bila lapar je. Selain dari masa makan, tak nampak lah ekor dia.
Bila kami pindah ke sini, Felix terpaksa kami kurung dalam cage dia supaya dia dapat dibiasakan dan 'dijinakkan' di suasana baru. Masuk hari ke tiga, Mak Lijah pun lepaskan dia dari cage nya. Kesian dia... Tapi Felix tak bergerak jauh, menghidu-hidu dalam rumah dan berjalan-jalan sekitar laman rumah jer.
Pada hari Isnin pertama Kakak ke sekolah baru, kami berdua berjalan kaki je ke sekolah. Apabila nampak kami berjalan tu, Felix mula mengekori. Mula-mula perlahan-lahan, tapi lama-lama macam mengejar kami. Mak Lijah ingat dia cuma nak ikut sampai ke Pak Guard jer, rupanya dia ikut kami sepanjang-panjang perjalanan kami ke sekolah. Jenuh Mak Lijah menghalau dia suruh dia balik. Macam-macam kaedah Mak Lijah buat tapi degil juga si Felix ni ikut kami sampai ke tangga sekolah Kakak. Pandai pulak tak ikut sampai ke pejabat.
Selesai urusan mendaftar Kakak, Mak Lijahpun turun dari pejabat dan mencari si Felix ni tapi tak dapat dikesan dah. Risau juga Mak Lijah ni, tapi terpaksa balik rumah lah selepas usaha mencari dia gagal.
Tengahari tu, Mak Lijah ke sekolah semula untuk mengambil Kakak dengan kereta. Sambil berjalan dari bilik darjah Kakak, Mak Lijah ternampak figura kecil di bawah sebuah kereta merah. Mak Lijah pun menyuruh Kakak jenguk bawah kereta tu, kut-kut itu Felix. Rupa-rupanya memang Felix yang sedang tidur di situ rupanya. Mak Lijah pun membawa Felix pulang dalam kereta tanpa cage nya. Felix behaved really well in the car. Sat obediently.
Sekarang Felix dah berbaik dengan kami. Selalu ada dalam rumah, either tidor or makan. Dah gemuk. Dia dah friend-less. Tak ada kawan, so he had to turn to us for companion. Kadang-kadang dia akan bermain sendirian dengan apa saja yang bergerak atau tak bergerak. Tali kasut sekolah budak-budak, suratkhabar, plastik sampah, habis semua dia cakar buat mainan. Pada masa-masa lain, dia menerkam kaki kami semasa kami sedang berjalan. Terjah lah konon.
Kesian Felix, terpaksa berkawan dengan manusia...

Monday, August 3, 2009

Danisy-bicycle ride










Since moving here, Danisy dah dapat beberapa orang kawan baru. Kawan-kawan yang dikenali dari kelas, dari taman permainan depan rumah dan neighbours. Yang paling rapat ialah Danial, yang saiz badan dan tingginya lebih kurang sama jer dengan Danisy. Danial ialah rakan sekelas Danisy dan tinggal berdekatan dengan rumah kami.

Dahulu, semasa kami masih tinggal di Selayang, basikal Danisy masih lagi mempunyai sepasang roda kecil (training wheels) pada roda belakang. Walaupun kami cuba meyakinkan dia yang dia boleh mengayuh dengan dua roda sahaja, tapi dia masih belum cukup berani lagi.

Apabila kami pindah ke sini dan melihat Danial mengayuh basikal beroda dua dengan confident sekali, dia rasa tercabar. Danisy rasa dia juga boleh buat kerana saiz basikal yang sama (basikal Danisy a bit groovy) dan Danial pun sama umur dan saiz dengan dia. Lagipun dia dah mula rasa malu sebab yang masih guna training wheels kat situ adalah girls yang berusia 4-5 tahun.

So pada hari ke tiga kami pindah ke situ, Danisy meminta Pak Lijah menanggalkan training wheels di basikalnya itu. Danisy pun berusaha dengan gigihnya untuk mengayuh tapi kurang berjaya pada hari pertama. Pada hari kedua, dapat juga mengayuh pada jarak 2-3 kaki selepas beriya-iya dia cuba mengimbangi badannya. Akhirnya pada hari ke tiga, dia berjaya mengayuh basikalnya dengan penuh keyakinan dan nampak sangat dia amat gembira dengan usaha dia. All these happened with very minimal coaching from Mak Lijah and Pak Lijah. Kami hanya memerhati dari jauh sahaja, dan sekali-sekala menegur dia supaya mengayuh di tepi jalan.

Mak Lijah bangga betul dengan kegigihan Danisy sebab dia memang nampak berusaha bersungguh-sungguh. Ini satu karekter Danisy yang Mak Lijah baru discover - a very determined person.

Sunday, August 2, 2009

Entry kali ni tak bertajuk. I just want to 'let go' the things I have in mind, but first, I have to make some notes so that I will remember what I want to write about.

-Danisy-bicycle ride
-Felix and friends
-F.r.i.e.n.d.s.
-Michael Jackson
-Farewell cousins
-My birthday
-Yasmin
-Pesta Floral

I'll start writing about them, when I want to start. He..he..he.. Teruklah Mak Lijah ni.