Monday, August 3, 2009

Danisy-bicycle ride










Since moving here, Danisy dah dapat beberapa orang kawan baru. Kawan-kawan yang dikenali dari kelas, dari taman permainan depan rumah dan neighbours. Yang paling rapat ialah Danial, yang saiz badan dan tingginya lebih kurang sama jer dengan Danisy. Danial ialah rakan sekelas Danisy dan tinggal berdekatan dengan rumah kami.

Dahulu, semasa kami masih tinggal di Selayang, basikal Danisy masih lagi mempunyai sepasang roda kecil (training wheels) pada roda belakang. Walaupun kami cuba meyakinkan dia yang dia boleh mengayuh dengan dua roda sahaja, tapi dia masih belum cukup berani lagi.

Apabila kami pindah ke sini dan melihat Danial mengayuh basikal beroda dua dengan confident sekali, dia rasa tercabar. Danisy rasa dia juga boleh buat kerana saiz basikal yang sama (basikal Danisy a bit groovy) dan Danial pun sama umur dan saiz dengan dia. Lagipun dia dah mula rasa malu sebab yang masih guna training wheels kat situ adalah girls yang berusia 4-5 tahun.

So pada hari ke tiga kami pindah ke situ, Danisy meminta Pak Lijah menanggalkan training wheels di basikalnya itu. Danisy pun berusaha dengan gigihnya untuk mengayuh tapi kurang berjaya pada hari pertama. Pada hari kedua, dapat juga mengayuh pada jarak 2-3 kaki selepas beriya-iya dia cuba mengimbangi badannya. Akhirnya pada hari ke tiga, dia berjaya mengayuh basikalnya dengan penuh keyakinan dan nampak sangat dia amat gembira dengan usaha dia. All these happened with very minimal coaching from Mak Lijah and Pak Lijah. Kami hanya memerhati dari jauh sahaja, dan sekali-sekala menegur dia supaya mengayuh di tepi jalan.

Mak Lijah bangga betul dengan kegigihan Danisy sebab dia memang nampak berusaha bersungguh-sungguh. Ini satu karekter Danisy yang Mak Lijah baru discover - a very determined person.

No comments:

Post a Comment