Terasa nak sambung balik selepas dapat SMS semalam.
Oh... nak cerita babak nak balik kampung beraya vis-a-vis Putihah.
.
.
.
Hari Jumaat tu, Mak Lijah plan balik rumah waktu tengahari untuk bersiap-siap balik Pahang nak Raya. Mak Lijah sampai rumah dalam pukul 12.30 pm. Ipar-duai semua dah berkumpul kat rumah Mak Lijah sebab cadangnya nak balik lebih kurang sama time. So Mak Lijah pun naik turun rumah, ke depan ke belakang nak packing serba bagai lah. Macam-macam nak dibawa, macam nak balik sebulan. Angkat segala benda - bantal, beg baju, beg plastik, hair dryer, botol air, serunding dodol, macam-macam lah....Berpeluh-peluh Mak Lijah ke hulu ke hilir. Tiba-tiba ada orang tanya..
"Putihah mana?"
Eh, terlupa pulak Mak Lijah ni ada pembantu rumah rupanya sebab kelibat dia langsung tak nampak sejak Mak Lijah jejak kaki di rumah dari tadi lagi.
"Entah?"
Sambung balik packing sana, packing sini, tutup sana tutup sini, switch off segala suis, kunci sana, kunci sini, angkat beg, angkat balang kuih, susun kat atas bumbung keter... adoilaaaa...... Tapi excited nak beraya punya pasal..semuanya beres saja. Rasanya keter Mak Lijah tu overloaded dengan kuih Raya, bunga api-mercun (oopsss...) dan macam-macam baranglah ditambah orang lagi kat belakang tu sama (anak saudara nak tumpang, saja nak meramaikan).
Lebih kurang pukul 4.00 tu, semua dah settle dan dah ready to go. Tiba-tiba...
"Buk.. Hantar saya ke stesen, ya?"
[ Dialog dalaman : Oh.. ada, rupanya. Ingatkan dah m@+! Macam ni punya pembantu rumah pun ada? Tak membantu, pun? Dia rasa dia pun majikan juga, ke? ]
.
.
Since then, Mak Lijah dah tak ada pembantu rumah/bibik permanent sehingga ke hari ini. Si Putihah dengan sukati mak bapak dia, tak balik kerja dengan Mak Lijah after cuti Raya tu. Katanya dia hamil dua minggu. Dah muntah-muntah. Haritu sebelum dia pergi cuti tu, kami ni selaku majikan baik hati, bagi lah gaji penuh walaupun belum cukup sebulan lagi (ala-ala gaji gomen lah katakan) dan walaupun sakit hati sebab dia tak keluar-keluar bilik untuk tolong kami packing. Dia siap bawa kunci rumah, passport, baju Raya, duit Raya bagailah, as if memang nak balik kerja semula lah. Boleh dapat Oscar ni. Best part is, selepas drop the bomb yang dia tak balik semula tu, dia SMS ke Mak Lijah, katanya (antara lain), "Oya tlg permit sy jgn di mtkn dl smpai 25 nofember ok."
Alih bahsa :
Oh ya, tolong jangan matikan permit saya sehingga 25 November.
(Nota : Dia bercadang untuk balik ke Indonesia, for good on 25 November 2009. )
PLEASE SUGGEST A SUITABLE REACTION TO THAT TEXT..(???!!!!????!!!???)
.
.
,
Dalam pada tu, Mak Lijah insisted that she return our house key and her passport. Kunci rumah tu for obvious reason lah, yang paspot dia tu is so that we can apply new maid and I have to apply checkout memo untuk dia balik ke Indon next month. However, sampai harini tak dapat apa (except kunci rumah yang Mak Lijah pi amik sendiri) sebab katanya duitnya dah habis so tak boleh nak datang, kena tunggu gaji suami dia.
.
.
.
So now dah sebulan Mak Lijah bibik-less. First week tu, ok jer sebab Mak Tok and Pak Tok are still around (read last entry). Second and third week pun ok jer sebab ada part-time bibik yang sangat rajin dan sangat kemas kerjanya who would come in the morning and balik pukul 5.30 pm. Tapi dia balik bercuti di negara dia sekejap untuk melawat keluarga. Bibik ni kahwin dengan orang Malaysia. Fourth week (last week), no help at all tapi boleh survive la... Pak Lijah banyak membantu. This week, Nenek is around. Next week? Macam fourth week semula ke.. or Bibik akan balik dan bekerja dengan kami again?
And sampai harini si Putihah tak nampak batang hidung dia lagi to surrender her passport. Kalau hujung bulan ni pon tak der gak, alamatnya Balai Polis lah. Tapi yang tu lah yang paling leceh sekali. Hai..kenapalah nak nyusahkan hidup aku?
.
.
.
.
Tuesday, October 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hadoi mak lijah...
ReplyDeletesakit jiwa dengan bibik camni...
bibik kami pun nak balik raya haji ni..
jgn dia buat sengal tak mau balik sudah la..
ntah le, tak leh nak jangka..
mak lijah, ni sama kes dengan bibik saya ni..
ReplyDeletekita ni punyer la kesian kat dia, kita terbayang dia pun mcm kita gak raya nak pakai duit, kita bagi dia gaji penuh siap campur duit raya lagi.. dia tak balik sini semula tapinya.. dia tak bagitahu kita pun. betaper kurang hajarnya tahap cipan.. dia bagitahu kat orang lain yang dia taknak balik sini dah. hampeh bongok punya maid.
pastu pegi imigresen, blacklist dia, kena bayar pulak lagi... haduusssssssss.. sakit ati denn.!!
Pnut : Memang dah sakit jiwang lama dah.. Tapi banyak pejam mata, walaupun makan hati. Harap-harap lepas ni dapatlah maid yang baik. InshaAllah. Pnut dah beli teket pi-balik ka, kat Bibik? Habaq kat dia, teket tu mahai, bukannya teket LRT. Dulu maid Mak Lijah balik Raya haji, sukati jer nak extend cuti sendiri, and then suh Mak Lijah top up fee kat sini. Boleh? Sakit jiwa or what?
ReplyDeleteAnonymous : Kita ni kira majikan yang baik hati lah sebab selalu fikirkan kebajikan diorang tapi tengoklah balasan yang kita dapat. Tak sedar dek untong diorang ni. Yang sedap lagi tu, diorang yang lari, majikan yang kena tanggung!
Salam Mak Lijah, Boleh tau contact no for daily maid ni? pm sarahaliza@yahoo.com thanks..
ReplyDelete