Friday, October 30, 2009

Se-malam di Az-Zahrah

Malam ni Mak Lijah bermalam di Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi http://azzahrah.my/my/. (Website dia ni macam biskut lah.. Boleh tentiba hilang cenggitu jer.) Bukan Mak Lijah yang di'wad'kan. Si Abang. Kaki dia terpele'ot. Main rugby petang tadi.

Ini lah salah satu perkara yang Mak Lijah risaukan dan menjadi juga kenyataan. Syukur kakinya masih boleh diubati. Pun begitu, no rugby for the next six months. Naahh.. engkau.. Fanatik benor dengan rugbynya. So lepas ni, dia kena home arrest and just pluck his guitar jer lah.

And here I am, trying really hard to stay awake until paling lewat so that my sleeping hours would be shorter. Really, tidor kat wad hospital - not as a patient is challenging. Tapi itulah tanggungjawab kita. We must be around our family members especially the younger ones, who are sick, all the time so that they know we are always there to protect them and so they know that we care for them with all our love.

Kesian dia, tidor dalam pening-pening sebab kena cucuk painkiller tadi.

Get well soon, Abang. Mama is always here beside you.
.
.
.

Thursday, October 22, 2009

F.r.i.e.n.d.s

Semalam Mak Lijah dengar kat Radio Er@ pasal FB. Teringat pula masa mula-mula Mak Lijah got hitched to this thing. Gosh... kesannya memang dahsyat sekali.
.
.
.
.
Mak Lijah must confess lah that I am not that IT savvy. Sekadar tahu klik sana sikit, sini sikit, itu pun with lots of guidance. Sebab tu lah tak reti nak pick up dengan segala benda yang internet could offer. Created this blog pun selepas digiatkan oleh kawan Mak Lijah, Pokcik. Tapi dia dah tak blog. Sibuk mengambik gambar plak.

'
'

.

Then came this FB. I can't really remember siapa sebenarnya yang invite Mak Lijah into this thing but I am pretty sure that orang tu dah berada di Geneva sekarang ni. He..he..he..
.
.
.
.
Masa mula-mula tu, really, I didn't know what it is all about and don't know what to do with it. Tapi, alah bisa tegal biasa. Selepas godek sana, godek sini.. hah.. baru tau impact maximanya.
.
.
.
.
Beberapa bulan lepas, Mak Lijah terima this friend request on FB dari seorang yang nama dia sangat-sangat familiar. Tapi, Mak Lijah tak boleh nak relate nama tu dengan wajahnya. Dah bertudung rupanya. Dia adalah Norma, my classmate masa kat Convent Green Lane, some 25 years ago. Tak sangka dapat 'connect' dengan dia. Rupanya dia sengaja search nama Mak Lijah kat FB tu dan dengan mudahnya dapat trace Mak Lijah. Mak Lijah pun tak de nak menyamar-menyamar kat FB. Memang itulah namanya yang terpampang.

Punyalah excited dapat berFB dengan dia. Dan dia pun telah suggested beberapa lagi classmate and schoolmate Mak Lijah and suddenly... wuuuusshhhhh....!!!! Berpuluh-puluh orang got connected. Excited gilerr... And from FB, I got to know that half of my classmates have either migrated or married foreigners. Most of them tak berubah wajah langsung (saiz tak yah bincang, ya?). Some still remained in Penang while some moved to KL. And some (shh.....!) Mak Lijah langsung tak ingat siapa dia. Tak ingat nama, tak ingat rupa. He...he..he..

Through FB, we walked down memory lane. Some mengingatkan Mak Lijah how they used to lepak kat rumah Mak Lijah dulu lepas aktiviti ko-kurikulum. This happened sebab rumah Mak Lijah is only a 5-minutes walk to school and terletak di laluan pergi-balik sekolah. They also still remembered my cat, Chakri (dah arwah), beraya ramai-ramai di rumah Mak Lijah, BBQ (for out-going prefects) dan macam-macam lagi aktiviti kat rumah Mak Lijah. Heh.. seronok rasanya zaman remaja tu...

I walked down my own memory lane too. I remember this classmate who had been such a difficult person to me. Made my life miserable. Dan sorang lagi yang kurang sensitif terhadap isu perkauman. Dia juga selalu memandang rendah terhadap Mak Lijah. Iyalah, dia pandai (scored all A's in all exams), athlete, prefect dsb sedangkan Mak Lijah hanyalah prefect cabuk yang dipilih oleh classmates lain yang selalu menyokong Mak Lijah. Both of them dah migrate. Baguslah. Semoga dia bahagia di sana.

And so this connection is just simply so great. F.r.i.e.n.d.s.. f.o..r.e.v.e.r
.
.
.

Tuesday, October 20, 2009

Cerita-ceriti II

Terasa nak sambung balik selepas dapat SMS semalam.

Oh... nak cerita babak nak balik kampung beraya vis-a-vis Putihah.
.
.
.

Hari Jumaat tu, Mak Lijah plan balik rumah waktu tengahari untuk bersiap-siap balik Pahang nak Raya. Mak Lijah sampai rumah dalam pukul 12.30 pm. Ipar-duai semua dah berkumpul kat rumah Mak Lijah sebab cadangnya nak balik lebih kurang sama time. So Mak Lijah pun naik turun rumah, ke depan ke belakang nak packing serba bagai lah. Macam-macam nak dibawa, macam nak balik sebulan. Angkat segala benda - bantal, beg baju, beg plastik, hair dryer, botol air, serunding dodol, macam-macam lah....Berpeluh-peluh Mak Lijah ke hulu ke hilir. Tiba-tiba ada orang tanya..

"Putihah mana?"





Eh, terlupa pulak Mak Lijah ni ada pembantu rumah rupanya sebab kelibat dia langsung tak nampak sejak Mak Lijah jejak kaki di rumah dari tadi lagi.

"Entah?"






Sambung balik packing sana, packing sini, tutup sana tutup sini, switch off segala suis, kunci sana, kunci sini, angkat beg, angkat balang kuih, susun kat atas bumbung keter... adoilaaaa...... Tapi excited nak beraya punya pasal..semuanya beres saja. Rasanya keter Mak Lijah tu overloaded dengan kuih Raya, bunga api-mercun (oopsss...) dan macam-macam baranglah ditambah orang lagi kat belakang tu sama (anak saudara nak tumpang, saja nak meramaikan).

Lebih kurang pukul 4.00 tu, semua dah settle dan dah ready to go. Tiba-tiba...

"Buk.. Hantar saya ke stesen, ya?"


[ Dialog dalaman : Oh.. ada, rupanya. Ingatkan dah m@+! Macam ni punya pembantu rumah pun ada? Tak membantu, pun? Dia rasa dia pun majikan juga, ke? ]

.
.

Since then, Mak Lijah dah tak ada pembantu rumah/bibik permanent sehingga ke hari ini. Si Putihah dengan sukati mak bapak dia, tak balik kerja dengan Mak Lijah after cuti Raya tu. Katanya dia hamil dua minggu. Dah muntah-muntah. Haritu sebelum dia pergi cuti tu, kami ni selaku majikan baik hati, bagi lah gaji penuh walaupun belum cukup sebulan lagi (ala-ala gaji gomen lah katakan) dan walaupun sakit hati sebab dia tak keluar-keluar bilik untuk tolong kami packing. Dia siap bawa kunci rumah, passport, baju Raya, duit Raya bagailah, as if memang nak balik kerja semula lah. Boleh dapat Oscar ni. Best part is, selepas drop the bomb yang dia tak balik semula tu, dia SMS ke Mak Lijah, katanya (antara lain), "Oya tlg permit sy jgn di mtkn dl smpai 25 nofember ok."


Alih bahsa :

Oh ya, tolong jangan matikan permit saya sehingga 25 November.
(Nota : Dia bercadang untuk balik ke Indonesia, for good on 25 November 2009. )

PLEASE SUGGEST A SUITABLE REACTION TO THAT TEXT..(???!!!!????!!!???)
.
.
,
Dalam pada tu, Mak Lijah insisted that she return our house key and her passport. Kunci rumah tu for obvious reason lah, yang paspot dia tu is so that we can apply new maid and I have to apply checkout memo untuk dia balik ke Indon next month. However, sampai harini tak dapat apa (except kunci rumah yang Mak Lijah pi amik sendiri) sebab katanya duitnya dah habis so tak boleh nak datang, kena tunggu gaji suami dia.
.
.
.
So now dah sebulan Mak Lijah bibik-less. First week tu, ok jer sebab Mak Tok and Pak Tok are still around (read last entry). Second and third week pun ok jer sebab ada part-time bibik yang sangat rajin dan sangat kemas kerjanya who would come in the morning and balik pukul 5.30 pm. Tapi dia balik bercuti di negara dia sekejap untuk melawat keluarga. Bibik ni kahwin dengan orang Malaysia. Fourth week (last week), no help at all tapi boleh survive la... Pak Lijah banyak membantu. This week, Nenek is around. Next week? Macam fourth week semula ke.. or Bibik akan balik dan bekerja dengan kami again?

And sampai harini si Putihah tak nampak batang hidung dia lagi to surrender her passport. Kalau hujung bulan ni pon tak der gak, alamatnya Balai Polis lah. Tapi yang tu lah yang paling leceh sekali. Hai..kenapalah nak nyusahkan hidup aku?
.
.
.

.

Tuesday, October 6, 2009

Cerita-ceriti

Wah.. Lama betul Mak Lijah tak apdet. Genap sebulan lebih. Puuu...nyalah banyak kejadian berlaku. Yang baru, yang pelik, yang sakit hati, yang lucu... semua adaaaa...


Let's see... what happened after 6 September? Kita berpuasa, kita beraya... Tahun ni turn Mak Lijah beraya di Pahang. Wooo..hooo... best dapat bakar lomang. Sampai layu pokok pinang kena layoq asap lomang. Ha..ha..ha.. Mak Lijah buat laksa juga tapi sindrik tak makan sebab pekena sup kaki kaw kaw punya.

Pehtu, Mak Lijah balik Perlis, Raya ke 3. Highway lengang giler sebab kuar rumah kul 6.30 pagi lagi. Bestnya. Sampai kul 1230 tgh. Pergghhh... Malam tu kitorang BBQ. Adik-beradik Mak Lijah and their kids kecuali adik bongsu (sebab dia balik Kelantan pagi tu) semua gotong royong preparing for the BBQ. Macam pasaraya jadinya rumah Mak Tok.

We decided to go back to KL on Friday afternoon. So Mak Lijah pun SMS ke Putihah suh dia balik pagi Sabtu esoknya sebab before this dia kata dia nak balik petang tu. Siap amik kunci rumah lagi. We all angkut Mak Tok and Pak Tok sekali ke KL. Sampai kat R&R Sungai Perak for dinner and solat, terjumpa pulak dengan family Abang Adik and his family. Apa lagi.. .kecoh jadinya...

Then we continued our journey, sampai KL pukul 1230 tengah malam. Adoi letihnyaaa....