Friday, March 20, 2009

Confession...confession...

.
.
.

Alas... confession day arrived, after two weeks of safeguarding her sins.

Adegan paling meluat sekali.

Mula-mula melutut dulu..

"Kak, kalau saya cakap, Kakak jangan marah."

(Me not in so good mood sebab baru balik ofis, extremely tired after a long day at work. I was seating on the couch reading The St@r)

(Diam)

"Apa betul Kakak tak suka saya kerja dengan Kakak lagi?

(Me, stopped reading, confused)

"Huh? Kamu cakap apa ni?"

"Saya mau tau Kakak dah tak suka saya kerja dengan Kakak, ke?"

"Kenapa kamu cakap macam tu?" (Flipping the paper back and forth, not really reading, anger brewing inside)

"Tadi ibu saya bilang Misterrr Lee (agent) telpon dia. Dia cakap Kakak tak suka saya kerja sini."

"Huh? Ibu kamu telefon kamu? Itu jer dia cakap? Takkan tu jer dia cakap?" (Hint..hint..)

"Err... pasal itu hari..."

"Hah..! Kenapa?"

"Memang ada suami saya datang. Itu memang gambar dia."

"Habis tu? Kenapa kamu tipu hari tu?"

"Sebab saya takut."

"Takut apa?"

"Saya takut Kakak marah."

"Sekarang baru saya marah. Kenapa kamu tipu dulu? Kamu ni main-mainkan Allah. Sebut sumpah demi Allah.. Laknatullah... Kamu ni Islam ke apa? Berdosa besar kamu ni. Dah lah menipu, bersumpah dengan nama Allah pulak tu. Nak kena panah petir ke apa?"
(Flipping the same page over and over again)

"Ya, saya salah." (Dah agak skrip ni nak keluar - like I care)

"Saya dah beri kamu peluang haritu untuk mengaku. Tapi kamu cakap kemain lagi. Hentak-hentak periuk nasilah. Kamu ingat kamu ni siapa? Kalau mak kamu tak telefon kamu, kamu tak ngakulah?"

"Tak....Hari tu, masa Datin (read: Mak Mak Lijah) telefon, dia bilang, Kakak mau repot polis. Saya jadi takut. Saya mau cakap yang benar tapi saya takut."

"Hah... memang saya dah repot polis. Polis pun dah datang rumah tapi kamu tak tau. Saya dah bagi gambar CCTV tu kat diorang. Lantaklah siapa yang kena nanti. (That was a total lie) "Sampai boleh naik kat tingkat atas. Apa kamu buat kat atas tu?"

"Pergi toilet saja, Kak...!!" (Suara agak tinggi)

"Huh? Pergi toilet? Yang kamu jahanamkan toilet di bawah tu per hal?" (I had to pay RM90 to a plumber to fix the toilet just to find it tersumbat again)

"Ya, saya salah." (Again, do I care?)

"Sampai boleh tidur kat sini. Berapa hari dah dia tidur sini?"

"Tak, Kak..! Dia tak tidur di sini. Dia pulang."

"Tipu lagi kamu ni."

"Betul, Kak, dia pulang."

"Bila dia pulang?"

"Petang tu. Esok paginya dia datang lagi, dan pulang petangnya." (The husband works in Klang. Is it logical for him to travel that far each morning, go back that petang, and return the next day?)

"Ah.. dalam kamu mengaku ni pun, kamu nak menipu lagi. Saya tak nampak pun dia keluar rumah hari Isnin tu. Tak nampak pun dia datang pagi Selasa tu? Kamu tahu tak saya tengok CCTV tu setiap detik pergerakan kamu?" (...and I did not see him leaving or arriving at the house).

"Ya, saya tau." (Konon...)

"Macamana saya nak percayakan kamu lepas ni? Kamu ingat saya boleh percaya kamu lagi? Bersumpah bagai.."

(Total silence, while Danish slowly came and sat next to me. Had to calm down.)

"Habis Kak, saya masih kerja di sini?"

"Nasib kamu di tangan Abang, sekarang ni." (Finally able to flip to a new page)



;
;
;
;

9 comments:

  1. Jadi..apa nasibnya Dewi?? Aduhhh.....bila sinetron ini akan bersambung.....??

    ReplyDelete
  2. Ha...ha..ha.. Bisa bikin filim... Siapa heronya? Ari Wibowo??? Ni drama dalam drama...

    ReplyDelete
  3. hantar balik je maklijah.. rasa saya kita patut ambik pembantu dari sebelah utara pulak... seberang sungai tu...

    ReplyDelete
  4. mak lijah kalau nak nombor agen yang seberang sungai i ada..tp masalah depa ni every 3 mths kena balik..sooo al fening juga lah...

    ReplyDelete
  5. Ayah : Kalau boleh, memang ler nak amik dari seberang sungai je tapi polisi kita enggak kasi..

    Anony : Pasal every 3 mnths ni yang tak tahan...

    ReplyDelete
  6. kena negosiasi le ni...

    kubing

    ReplyDelete
  7. Salam maklijah
    Saya kadang2 lompat mai blog maklijah bila maklijah tinggai jejak kat MA&the brood. Dok pikiarq2, mana satu lah maklijah ni. saya ni dulu kerja libray usm, manalah tau besa nampak maklijah dok sorok buku cerita di celah2 buku akademik (kidding).
    Nasih baik lah saya takperlu ada maid. kalu tidak pening pala. Saya dulu bayar org mai cuci rumah tiap minggu, bayar on the spot.

    Hopefully, you find a solution to your masalah maid ni.

    ReplyDelete
  8. Depa ni kalau menipu, memang terer. Without blinking gitu...Yelah, Kak Tipah pun dah biasa kena. Memang tepatlah tindakan yang Mak Lijah ambik to fire her. Kalau tak, tah apalah yang dikelentongnya lagi. Padahal dah sah-sah bukti di depan mata. Boleh dinafikannya lagi....Sungguh tidak ku faham..

    ReplyDelete
  9. Anonymous : Saya tak pernah sembunyi buku cerita kat library USM (cuma sembunyi tesis orang saja...he..he..he.. Jangan marer..). Saya tak dak masalah bab cuci rumah, boleh buat sendiri semua tu. Masalahnya Mak Lijah ni kerja pejabat, ada 3 org anak yang hari-hari balik sekolah cari makan.. Depa ni masih terlalu dependent lagi. Lagipun Mak Lijah selalu outstation, so kena ada orang nak jaga budak-budak tu. Banyak sebab lagi kenapa perlu ada maid ni. Apa-apapun, si Dewi itu sudah dipecat Jumaat lepas.

    Kak Tipah : Menipu tu satu hal.. Minggu depan tu, tiba-tiba dia telefon Mak Lijah kat opis. Katanya, "Kak, saya nak keluar, suami saya tunggu di MyDi!n". Bukannya nak minta izin, bagitau saja... Dah ler tu, bil telefon Mak Lijah bulan February, RM467 dan March RM348 (selalu tak pernah RM100 sebulan). Mana hati tak sakit?

    ReplyDelete