HOW STUPID CAN YOU BE???? (that's one)
Ni nak cerita pasal sang penipu dan exceptionally stupid.
This is about my new maid, Dewi.
SCENE 1 Pukul 10.40 pagi.
Kring...kring...
Pak Lijah : Mak Lijah, telefon rumah cepat. Tanya Dewi siapa datang. Ada lelaki DALAM RUMAH. Ni ha nampak kat CCTV
Mak Lijah : Lorr... Siapa?
Kring...kring...
Mak Lijah : Dewi, siapa datang rumah?
Dewi : Tak ada siapa-siapa. Tadi Abang (read : Pak Lijah) pon telpon tanya yang sama.
Mak Lijah : Betul tak ada siapa?
Dewi : Iya, betul..
Mak Lijah : OK lah.
Kring...kring...
Pak Lijah : Dia kata apa?
Mak Lijah : Dia kata tak ada pun?
Pak Lijah : Ni ha, gambar depan-depan ni. Pakai baju kaler merah.
Mak Lijah : (melopong)
Pak Lijah : Kejap nak telefon sekali lagi.
Kring...kring...
Pak Lijah : Mak Lijah tahu, dia kata "SUMPAH DEMI ALLAH TIADA SIAPA LAIN DI RUMAH." Baik Mak Lijah balik tengok.
[Dalam proses telefon-menelefon ini, sebenarnya adik ipar Mak Lijah dah on the way ke rumah Mak Lijah untuk menerjah lokasi]
SCENE 2 Pukul 1 ptg.
[Di rumah - Dewi dah pergi sekolah ambil Adik while Adik Ipar Mak Lijah was waiting at home dan Mak Lijah diberitahu bahawa dah tak ada siapa kat rumah. Mak Lijah pergi check CCTV dan memang ada seorang lelaki who appeared at 10.30 am. At 10.45, Both he and Dewi went upstairs for God knows for what..!!!!! At 11.15am they both came down and MAKAN NASI...!!! Pukul 12 tengahari, lelaki itu meninggalkan rumah Mak Lijah melalui pintu depan. Cerita Adik Ipar Mak Lijah, si Dewi ni bermati-matian mengatakan tak ada sesiapa di rumah. Bukan itu saja, katanya, "LAKNATULLAH LAH SAYA SEKIRANYA SAYA MENIPU" . Walaupun ditunjuk gambar CCTV itu, katanya dia tak nampak lelaki itu walaupun mengaku itu adalah dia dalam gambar tu. ]
Mak Lijah : Dewi, cuba kamu cakap betul-betul... Siapa yang datang tadi.
Dewi : Ya Allah.. tiada siapa, Kak.. Tadi orang itu pun (read : Adik Ipar) tanya yang sama. Abang pun cakap yang sama.
Mak Lijah : Saya tengok dalam CCTV ada lelaki tadi.
Dewi : Mana ada... (nada tinggi)
Mak Lijah : Baik kamu mengaku saja Dewi. Kalau itu suami kamu, cakap sajalah. Saya mahu kamu cakap yang benar saja.
Dewi : Iya.. masalahnya tidak ada siapa di sini... (sambil menghempas periuk nasi atas meja)
Mak Lijah : Saya tak kisah kalau kamu cakap yang benar. Kalau suami mau datang, cakap saja.
Dewi : Betul, Kak... Tak ada siapa tadi...
Mak Lijah : Tapi saya nampak kamu dengan lelaki itu..??
Dewi : Iya betul itu saya tapi lelaki itu tak ada..!!! (pot-pet..pot-pet...pot-pet)
Mak Lijah : Kamu diam..!! Dengar saya cakap. Saya mahu kamu cakap benar saja. Kalau dah ada gambar nampak lelaki tu, apa lagi kamu nak cakap? Sampai bole naik ke atas rumah lagi. Kamu tak nak mengaku lagi? Saya nampak semua tu.
Dewi : (diam)
Mak Lijah : Kalau dalam gambar nampak terang-terang ada orang lain, tapi kamu tak nampak, apa namanya? Hantu ke?
Dewi : (diam)
NOW TELL ME, HOW STUPID CAN YOU BE????
I hate having to go through this again. I hate the whole process. Kenapalah kena jadi macam ni?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
mungkin memang dia bela hantu kot...
ReplyDeleteHantu Stokin
fuiyooo...i can feel the gerammneesssss!!!!! please update on what happened after dat....hehehe
ReplyDeletehmm apa lagi... kalau bukan orang ... mungkin boleh panggil TV3 nii buat cerita keliwon... nampaknya baru berapa puluh jam service lebih teruk dari putiyah niii...
ReplyDeleteDewi kaulah hidupku aku cinta padamu sampai mati (Lirik lagu kumpula dewa)
Sunway Kayangan Residence
Anonymous(1) : Dia bela hantu yang dia sendiri tak nampak? Ilmu apa tu?
ReplyDeleteAnonymous(2) : Lepas ni, we found out another annoying thing she did. Tunggu next posting.
Anonymous(3) : Ini keliwon moden. Selalunya hantu tak nampak dalam kamera, tapi ni terbalik... Kat luaq tak nampak, but appeared kat CCTV.. Misteri Nusantara betui..