Sunday, May 10, 2009

Dugaan Ini

Daripada Suhibul Raumi berkata, sabda Rasulullah SAW,

“Betapa ajaibnya orang yang beriman itu. Sesungguhnya semua perkara adalah baik bagi mereka. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya dan jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.” (Hadis riwayat Imam Muslim)




Sesungguhnya sebagai seorang hamba, Mak Lijah hanya mampu pasrah dan reda dengan dugaan ini. Pun begitu semangat juang Mak Lijah tak akan luntur kerana sifat pasrah dan reda tidak dimiliki oleh orang munafik kerana orang yang menentang ketetapan serta suratan Allah tidak tergolong dalam golongan yang beriman.




Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Dari Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW: Jika engkau terkena oleh sesuatu musibah, maka janganlah engkau berkata: Andai kata saya mengerjakan begini, tentu akan menjadi begini dan begitu. Tetapi berkatalah: Ini adalah takdir Allah dan apa saja yang dikehendaki oleh-Nya tentu Dia melaksanakan-Nya, sebab sesungguhnya ucapan andai kata itu membuka pintu godaan syaitan.” (Hadis riwayat Imam Muslim)




Dugaan dan ujian yang sedang Mak Lijah lalui kini adalah suatu frasa kehidupan yang paling hebat, rumit dan sukar yang pernah Mak Lijah tempuhi sepanjang hayat Mak Lijah. Dugaan ini telah menghampiri kemuncak sehinggakan nyaris keputusan sudah sampai di hujung lidah. Ketika itulah amat penting bagi Mak Lijah menentukan pertimbangan sama ada terus menghadapinya dengan cekal, berikhtiar dan berusaha menyelesaikan segala kekusutan ataupun menyalahkan takdir semata-mata.

Mak Lijah benar-benar keliru dan tak faham, kenapa manusia sering mengambil kesempatan ke atas diri orang lain... Mengapa mesti ada sifat dengki mendengki dan iri hati sesama kita? Tidak cukupkah dengan apa yang mereka dah ada selama ini? Mak Lijah terkilan bila kejujuran manusia disalah gunakan...

Mak Lijah terkejut, tergamam dengan ketaksuban dan ke'terdesakan' manusia ini (jika benar dia manusia, atau dia sebenarnya syaitan bertopengkan manusia) yang tidak berhati perut yang mengambil peluang untuk kepentingan diri sendiri demi memusnahkan kehidupan orang lain. WHAT THE BLOODY HELL...!!! WHAT RIGHTS DO THEY HAVE TO MESS-UP MY LIFE...???..!!!!

And I have decided that I am going to face it, deal with it, and end it MY WAY.

Do not mess with me.

I have warned you...

3 comments:

  1. hanya akan mendoakan kesejahteraan MakLijah sekeluarga dari jauh ...

    ReplyDelete
  2. All the best Mak Lijah. Hang in there and hadapinya dengan cekal. Fight for what is dear to you.

    ReplyDelete
  3. Anonymus and Pearl : Thank you for your support. Semangat juang masih kental. Will continue fighting...

    ReplyDelete