Thursday, December 24, 2009

The Power of FB

Dulu Mak Lijah pernah cerita macamana Mak Lijah got hooked to this thing called FB. Mak Lijah dapat 'berjumpa' kembali dengan classmate Mak Lijah yang sama-sama belajar di Convent Green Lane kira-kira 25 tahun yang lalu. Seronoknya kemain lagi. Cerita-cerita lama dari kengkawan membuatkan Mak Lijah terkenangkan kembali keseronokan zaman remaja dulu.

FB bukan setakat dapat reconnect dengan kawan-kawan lama, dapat juga kongsi gambar-gambar, untuk sama-sama update mengenai status kahwin masing-masing or yang dah beranak-pinak malahan tolong mengutuk, menyakat yang seterusnya dapat mengukuhkan tali silaturrahim. Banyak dah re-union telah dan akan dibuat sejak ramai yang sign-up ke FB ni.

Betapa bagusnya ciptaan yang bernama FB ni.



Pun begitu, jangan diabaikan laporan Harian Metro semalam:

FB PUNCA CERAI
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Global/20091223083451/Article/index_html



Memang dah tak boleh dinafikan bahawa FB juga telah mendatangkan masalah, kemudaratan dan kemusnahan. Telahpun dibuktikan di Australia. Ciri-ciri keterbukaan FB membolehkan maklumat dapat dikongsi oleh sesiapa saja di seluruh dunia yang telah sign-up kepada FB. Hati-hati dengan komen dan status yang dipaparkan. Boleh melukakan hati orang lain dan menjurus kepada krisis. Kalau dibuat kajian, hasilnya akan membuktikan perkara ini juga sedang dan telah berlaku di Malaysia. Silalah buat kajian itu. Peguam-peguam nikah-cerai mungkin mempunyai maklumat.


Pun begitu, Mak Lijah harus berterima kasih kepada FB kerana telah memberi isyarat, telah menyedarkan dan telah menyelamatkan Mak Lijah dari keruntuhan. Namun, semua itu tak akan berlaku kalau bukan dari petunjuk dan kehendak Allah S.W.T. juga. Alhamdulillah.

FB telah membuatkan Mak Lijah tersentak seketika dan kini Mak Lijah lebih peka dan lebih berhati-hati.

Ada manusia di luar sana yang suka mengambil kesempatan dari kejujuran dan keikhlasan. Kesempatan itulah yang meruntun jiwa dan mencabar pertimbangan.

.
.

No comments:

Post a Comment