Thursday, April 29, 2010

Bigger Baby Danisy

This is my youngest son.
Wish he won't grow up so fast.
I have a lot to tell about him because he is very special to me.
But there were too many to tell.

Semasa di dalam perut, dia selalu mahu Mak Lijah tahu, "Hey.. I'm here..!" Pun begitu, bila genap 9 bulan 10 hari, tak mau pula keluar. Kena berjemput.

Mak Lijah pernah cerita kisah dia semasa baby dulu. Jarang sangat menangis.
He was a good baby.
Sangat independent.
Mak Lijah ingat dia merajuk dengan Mak Lijah sampai tak nak minta pertolongan Mak Lijah. Rupa-rupanya dia jenis nak buat semua benda sendiri.

Sekarang ni, pemikirannya makin kritis. Bila dia bertanyakan mengenai sesuatu, dia akan digest maklumat yang kita berikan dan interpret mengikut pemahaman dia. Kadang-kadang kita kena betulkan statementnya sebab dia interpret dari perspektif seorang yang seusia itu.



Semalam, sebaik-baik saja turun dari bas sekolah, terus jer dia meluru ke Mak Lijah (dengan cemasnya) yang tengah bersiap nak ke konsert Siti dan KD.

"Mama.. Mama..! Boleh tak Mama tolong kawan Danisy?"

(Kebingungan dan kebimbangan) "Huh...? Tolong kawan Danisy? Kenapa? Dia sakit ke?"

(Dengan nada sangat cemas) "Tak....! Kawan Danisy ni.. dia kena tinggal. Pakcik Hashim (drebar bas sekolah) tadi tak nak tunggu dia. Terus jer pergi. Kesian kawan Danisy... Tapi abang dia dah naik bas, tinggal kawan Danisy sorang jer."

"Oh.. Kalau abang dia dah naik bas, mestilah abang dia bagitau kat Pakcik Hashim yang adik dia tertinggal."

"Tak...Mama...tak...! Tadi Danisy tengok dia masih ada kat situ. Please Mama..please... tolonglah kawan Danisy. "




Alahai anak Mak Lijah ni....



Sebab tu lah bila kawan baik dia membuatkan dia menangis dua minggu lepas, Mak Lijah pun rasa macam nak nangis juga. Selama ini jarang sangat dia menangis, mungkin 2-3 kali setahun or even less. So kalau dia menangis dengan kuatnya sampai teresak-esak, it must be dead serious. Dia rela luka berdarah, parut sana parut sini, yet dia tak akan menangis, tapi hatinya mudah terluka kalau diejek-ejek, sebab dia sendiri tak suka mengejek orang.




Selamat ulang tahun yang ke lapan, wahai Danisy Eisyraf. Semoga Danisy menjadi seorang yang beriman, baik budi pekerti, rajin belajar, cerdik, menjadi orang yang berguna dan segalanya yang baik.

5 comments:

  1. hepi besday buat danisy...
    moga jadi anak yang baik dan soleh..aminnn

    ReplyDelete
  2. ewah... dia prihatin kat kawan dia tapi abang kawan tu buat dek aja.. bagus danisy.. 10 markah.

    lama betul maklijah berdiam. sunyi dunia

    ReplyDelete
  3. Pnut: Danisy cakap tenkiu, sambil tersengih-sengih..
    Ayah: Yg nak ditolong tu kawan lain lah, not the 'artist' yg merosakkan toy dia tu.

    ReplyDelete
  4. bagusnya anak mak lijah...tp dia akn terus grow up...x mungkin kecil shj...

    ReplyDelete